Sabtu, 04 Februari 2012

Artritis reumatoid


Artritis reumatoid

Ia merupakan artritis yang menyerang membran sonovial yang mengelilingi cecair
pelincir dalam sendi.

Faktor risiko bagi artritis reumatoid selalunya berkaitan dengan tekanan emosi,
fizikal, cara pemakanan yang tidak baik ataupun jangkitan bakteria.

Keadaan ini menyebabkan terjadinya demam, keletihan, kelemahan sistem pertahanan
badan, enemia dan permasalahan lain termasuk kesakitan sendi.

Peratusan pesakit wanita lebih tinggi berbanding lelaki dengan nisbah 3:1, bagi
yang berumur 20 hingga 40 tahun.

Gout

Gout disebabkan oleh kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah.
Kepekatan asid urik yang tinggi menyebabkan terbentuknya kristal yang terkumpul
di bahagian sendi.

Kaum lelaki biasanya lebih berisiko berbanding dengan wanita. Serangan gout biasanya
datang menyerang tanpa sebarang tanda.

Walaupun kejadian artritis selalu dikaitkan dengan peningkatan usia, namun ia
boleh terjadi di semua peringkat umur.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada artritis seperti faktor
umur, jantina, gaya hidup, kegemukan dan lain-lain.

Pengambilan makanan tambahan didapati berkesan dalam membantu menangani masalah
artritis.

Pengambilan kombinasi kalsium, mangan, zink dan vitamin D3 memainkan peranan
penting dalam pembentukan tulang.

Kekurangan mineral dan vitamin D3 mengancam pertumbuhan tulang serta meningkatnya
risiko terjadinya osteoporosis.

Kombinasi beta-kerotin, vitamin C, E dan zink dapat mencegahnya daripada menjadi
serius. Ini kerana ia dapat meneutralkan dan membaiki kerosakan dan mengekang
kerosakan rawan.
Minyak Kelapa Dara dapat membantu menyingkirkan asid urik yang mampu mengurangkan
keradangan kerana ia boleh bertindak sebagai agen antiradang yang berkesan bagi
melegakan simptom penyakit artritis.

Pengamalan gaya hidup sihat adalah amat digalakkan, seperti senaman yang dapat
menguatkan tulang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar