Sabtu, 25 Juni 2011

Pokok cili




Pokok cili yang berbunga lebat. Sejuk mata memandang. Setelah sekian lama membanting tulang, akhirnya terbalas juga segala usaha. Pokok yang diusahakan selama ini, sudah mula menjanjikan hasilnya. Bibir tersenyum kepuasan.

Setelah beberapa hari menunggu, kelopak bunga diharap menjadi putik buah. Tetapi apa yang berlaku, tangkai kekuningan dan ia mula gugur ke bumi satu per satu. Hati yang gembira bertukar gundah, apakah yang telah terjadi? Apa yang bermain di minda? Tak cukup baja? Terlebih baja? Serangan kulat? Serangga? Bingung?

Biasanya pokok cili yang pertama kali berbunga akan mengalami keguguran. Banyak putik kelihatan bertabur di tanah. Perkara ini biasa terjadi kerana bunga tersebut adalah bunga jantan. Mungkin ada yang tidak perasan, bunga cili terdapat jantan dan betina. Bunga jantan akan gugur, manakala bunga betina akan menghasilkan buah. Bunga jantan adalah bunga yang tidak mengalami proses pendebungaan.

Peringkat awal pembungaan biasanya bunga jantan banyak dihasilkan berbanding bunga betina. Untuk meningkatkan penghasilan bunga betina, zat penggalak bunga diperlukan. Penggunaan zat penggalak bunga akan menyebabkan pembungaan yang banyak serta meningkatkan hasil pengeluaran.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar